Tag Archives: Torex Zul

Photo-Essay: Keindahan Belum-Temengor

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Zulkifli Mat Nasir (Torex Zul)

Belum – Temengor adalah salah satu hutan yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Secara khusus, ia terletak di negeri Malaysia Perak dan bersempadan dengan Selatan Thailand. Belum-Temengor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Belum dan Temengor.

Belum – Temengor dipercayai telah wujud selama lebih 130 juta tahun menjadikannya salah satu hutan hujan tertua di dunia, lebih tua daripada Amazon dan Congo yang meliputi 15,200 Hektar yang dipenuhi dengan beratus-ratus pulau-pulau dan bermacam-macam jenis hidupan liar.

Selain itu Hutan Belum juga didiami orang asal dari suku Jahai. Terdapat dua kampung yang dikenal pasti iaitu Kampung Sungai Tiang dan Kampung Aman Damai.