Tag Archives: Pasar Karat

Photo-Essay: Rezeki Ku Di Sini

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Hadi Nik

Pasar Karat Jalan Petaling. Umumnya ramai telah mengetahui lokasi sebenar Pasar Karat ini berada. Apa yang menariknya di sini ialah cara mereka berniaga setiap hari.

Beralaskan surat khabar lama sebagai hamparan, berbekalkan beg sandang yang penuh dengan barang-barang lusuh untuk dijual, tawar menawar menjadi agenda utama di dalam urusan jual beli di sini.

Lorong gelap yang terasing dari hiruk pikuk kota raya, mewarnai setiap detik dalam hidup mereka. “Rezeki Ku Di sini”, begitulah ungkapan yang terpalit di dalam hidup mereka. Beralaskan lantai batu tar, berbumbungkan langit nan terbentang luas. Biarlah apa orang kata. Pedulikan apa orang cerca. Bagi mereka inilah tempatnya. Inilah kisah mereka. “Rezeki Ku Di Sini”.

Advertisements

Photo-Essay: Hitam Putih Kehidupan – Pasar Karat

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Nor Azmi Ismail

Pasar Karat KL terletak di antara Jalan Sultan dan Jalan Petaling Kuala Lumpur. Ianya dibuka setiap hari seawal pukul 5 pagi dan berakhir sekitar pukul 9 pagi.Pelbagai barang yang dijual disini antaranya kasut, baju, seluar, barang pertukangan, keset, piring hitam, radio, kamera, barang-barang lama dan lain-lain. Namun hampir kesemuanya adalah barang-barang terpakai.Tawar menawar adalah digalakkan kerana setiap barangan yang dijual barangan terpakai dan tidak mempunyai jaminan kedai lagi sekiranya berlaku kerosakan selepas membeli.

Perspektif saya dalam siri Hitam Putih Kehidupan – Pasar Karat KL ini lebih terdorong pada penjual yang menjual barang niagaan mereka. Majoriti penjual barangan disini pada penghayatan saya adalah golongan pertengahan dan mereka yang melangkaui usia emas, pada hemat saya kebanyakkan mereka adalah sebatang kara atau yang terpaksa menyara hidup sendiri untuk hidup di kota Kuala Lumpur yang mencabar dan memerlukan wang utk meneruskan survival.

Saya memberi penekanan pada warna hitam dan putih kerana pada pandangan saya warna hitam dan putih memberi impak pada situasi, gerak tubuh, emosi dan persekitaran Pasar Karat itu sendiri amnya.