Tag Archives: Muhammad Fathul Izzat

Photo-Essay: Pasar Basah Bukit Mertajam

oleh Pengarang: Muhammad Fathul Izzat

This slideshow requires JavaScript.

Pasar Basah Bukit Mertajam yang terletak di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam adalah suatu kawasan pasar yang sangat luas dan besar dan di anggarkan sudah beroperasi sejak 55 tahun lepas lagi.

Secara khususnya masyarakat setempat akan membeli keperluan harian di sini. Ini kerana segala-galanya dijual di pasar ini dari sekecil-kecil keperluan sehingga sebesar-besar keperluan segala-galanya lengkap. Sekiranya ingin membeli keperluan kering terdapat sebuah gudang membeli-belah di bahagian atasnya, tetapi malangnya pada awal tahun ini gudang itu terbakar dan mengakibatkan segala aktiviti perniagaan terhenti seketika.

Pasar ini juga dianggap sebagai nadi kehidupan dan ekonomi bagi peniaga-peniaga di sini.

Shoot with:
Canon EOS 500N
Kodak Portra 160

Advertisements

Photo-Essay: Kuala Sepetang

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pangarang: Muhammad Fathul Izzat

Kuala Sepetang adalah antara kawasan dimana mempunyai kawasan hutan bakau terbesar di semenanjung malaysia dan mempunyai sistem pengurusan hutan bakau terbaik di negara malah kawasan ini juga diwartakan sebagai asset dan warisan negara.

Di kawasan ini juga terdapat sebuah kilang iaitu Khay Hor Holdings yang di tubuhkan pada tahun 1930 bagi menghasilkan arang kayu daripada kayu bakau, mungkin pada pemikiran kita pembuatan arang kayu ini dilakukan secara membakar kayu tetapi kaedah digunakan ialah mengeringkan kayu menggunakan api yang sentiasa dikawal sehingga air di dalam kayu keluar sekaligus mengakibatkan kayu menjadi hitam akibat proses pengeringan yang memakan masa selama berbulan-bulan.

Photo-Essay: Pulau Pinang

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Muhammad Fathul Izzat

Pulau Pinang atau Penang adalah sebuah negeri di utara Tanah Air yg dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu di kawasan Pulau dan Tanah Besar (Seberang Perai). Di bahagian Pulau di gelar Tanjung bagi sesetengah masyarakat Pulau Pinang.

Apa yang menariknya di Pulau Pinang ini di bahagian Pulau ini terdapat satu kawasan warisan yang diiktiraf oleh UNESCO dalam memelihara keaslian sejarah, struktur bangunan, budaya dan masyarakat yang mendiami kawasan itu sejak sekian lama. Ini kerana kawasan warisan ini dipercayai telah wujud sekitar 500 tahun selari pembangunannya bersama Kota Melaka. Dan sekiranya kita lihat dari segi corak aktiviti masyarakat di sekitar kawasan warisan Pulau Pinang ini kebanyakannya menyara diri dan pendapatan melalui aktiviti perniagaan sejak turun temurun, ini kerana rumah-rumah kedai ini lah tempat mereka jadikan sebagai punca rezeki harian mereka. Selain menjadi pusat perniagaan ia juga adalah sebahagian pusat pelancongan dan kawasan penjanaan ekonomi negara.