Tag Archives: Malaysia

Eidul Adha di Kampung Lok Lak

oleh Pengarang: Hadi Nik

Lokasi: Kampung Lok Lak, Besut, Terengganu

This slideshow requires JavaScript.

Pagi Hari Raya Qurban tahun 2014 memberikan pengalaman yang tidak akan saya lupakan apabila saya dapat menyaksikan ibadah Qurban dijalankan di perkampungan Lok Lak di Besut, Terengganu. Seronok melihatkan kemeriahan sambutan di sana. Penuh dengan pengertian yang susah untuk dilihat dan dialami oleh sesetengah masyarakat di kawasan bandar.

Bagi mereka yang menyertai Qurban, mereka hendaklah berada di tempat penyembelihan dan menyaksikan segala proses dari mula hingga akhir. Daging dari penyembelihan pula diberi kesemuanya secara sama rata kepada peserta Qurban mengikut haiwan yang disembelih. Kemudian terpulang kepada peserta Qurban untuk mengagihkan daging ini kepada fakir miskin di kawasan penempatan mereka.

Meriahnya ibadah ini dijalankan di sini apabila segala kerja dilakukan secara gotong royong oleh penduduk kampung tanpa mengira penat dan lelah. Bagi mereka yang menjadi tuan rumah pula, hidangan makanan dan minuman akan disediakan bagi mereka yang terlibat. Dapat dilihat hubungan kejiranan masih kuat dan utuh di kalangan mereka. Yang pastinya Eidul Adha cukup bermakna buat penduduk setempat di sini.

Advertisements

Photo-Essay: Pasar Basah Bukit Mertajam

oleh Pengarang: Muhammad Fathul Izzat

This slideshow requires JavaScript.

Pasar Basah Bukit Mertajam yang terletak di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam adalah suatu kawasan pasar yang sangat luas dan besar dan di anggarkan sudah beroperasi sejak 55 tahun lepas lagi.

Secara khususnya masyarakat setempat akan membeli keperluan harian di sini. Ini kerana segala-galanya dijual di pasar ini dari sekecil-kecil keperluan sehingga sebesar-besar keperluan segala-galanya lengkap. Sekiranya ingin membeli keperluan kering terdapat sebuah gudang membeli-belah di bahagian atasnya, tetapi malangnya pada awal tahun ini gudang itu terbakar dan mengakibatkan segala aktiviti perniagaan terhenti seketika.

Pasar ini juga dianggap sebagai nadi kehidupan dan ekonomi bagi peniaga-peniaga di sini.

Shoot with:
Canon EOS 500N
Kodak Portra 160