Photo-Essay: Pulau Ketam (Vertical)

oleh Pangarang: Mahfuz Jaffar

Ini adalah kesinambungan dari esei saya sebelum ini “Fishing Village Built on Stilt“. Pulau Ketam hanya berkeluasan 63 km persegi dan ujud dari hasil mendapan lumpur dan berketinggian 10 meter dari aras laut. Untuk sampai ke sini, hanya mengambil masa 35 minit menaiki feri dari tanah besar Klang. Hanya 30-40 peratus sahaja pulau ini diduduki manakala selebihnya adalah hutan paya bakau dan mendapan lumpur. Platform-platform simen dan kayu dibina di atas ceracak-ceracak konkrit simen untuk mengelakkan air pasang laut manakala rumah-rumah dan bangunan dibina di atas platform ini oleh penduduk yang terdiri dari para nelayan sehingga ia menjadi satu penepatan nelayan hampir beratus tahun lamanya.

This slideshow requires JavaScript.

Feri dan bot yang menjadi pengangkutan utama antara tanah besar Klang dan Pulau Ketam manakala basikal digunakan oleh penduduk untuk ke pekan kecil yang terletak di tengah-tengah pulau dan dua perkampungan yang dibangunkan. Ramai juga penduduknya hanya berbasikal dan berjalan kaki sahaja kerana kenderaan darat berenjin minyak tidak dibenarkan digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia di sini. Rata-rata penduduk menjalankan aktiviti berasaskan industri laut dan sebagai nelayan. Ada diantara mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung keperluan makanan dan keperluan seharian penduduk di sini. Lain-lain keperluan makanan dan keperluan lain selain dari hasil laut didatangkan dari tanah besar.

Pulau Ketam adalah pulau yang sangat unik. Bagi penduduk di sini, mereka berbangga dengan hasil laut yang mewah terutamanya ketam dan ikan sehingga ia menjadi tumpuan pelancung dan pengunjung yang ingin menikmati keenakkan masakan di restoran-restoran yang diusahakan oleh penduduk di sini. Kehidupan yang sederhana ini tidaklah menjadi satu beban kepada penduduk Pulau Ketam bahkan kehidupan telah berkembang dari generasi ke genarasi sehingga lebih 134 tahun lamanya.

Advertisements