Monthly Archives: April 2014

Photo-Essay: Pudu Market On Film

This slideshow requires JavaScript.

by Authors: Khairil Faizi Abdul Majid

Pudu Market situated in the South Eastern direction from the Kuala Lumpur epi-centre is a well established and historical market. With its busy activities and large crowd it is a buzzed with people doing their daily household need shopping. A traditional buying that is still essential and much needed nowadays.

Although contemporary shopping mall is threatening it’s existence, Pudu Market still remain a strong attraction. The traditional meet and greet together with the price haggling and personal attention from the buyer and seller is a fresh experience from the service and paying counter of the “modern” mall. I still prefer this kind of traditional environment compared to the bulk buying/selling mall.

Its charm and hustle and bustle is a great appeal to me as a photographer. With the added bonus of it being close to my apartment, it soon become my favourite shooting place. Because every day presents a different experience shooting at the Pudu Market.

Advertisements

Photo-Essay: Different Vantage Point of Street Photography

This slideshow requires JavaScript.

by Authors: Agoes Alwi (Alifga Wausin)

“Out of the millions, if not billions of photos that are taken each day, most of them are shot from roughly the same vantage point: between five and six feet above the ground. This is the average height of the human body, and since most people shoot photos while standing upright with the camera held at eye level, there is very little or should I call it ‘Normal’ variation in how the images look”.

By varying my vantage point is to give my images a unique look (I presume). We are not used to looking at the world from any other view than from our own eye level, and so any photo that is taken from a drastically different vantage point will inherently appear to be SOMETHING or it just NOTHING.

NOTE: this is part of my experiment on hi angle vantage of street photography.

“LOVE, PEACE and RESPECT”

Photo-Essay: Sekujur Tubuh

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Nor Azmi Ismail

Sekujur Tubuh

Sekujur tubuh lewat fajar mentari kan bersemi
Aku amati di celah-celah lorong sunyi Dayabumi
Cengkung-kurus melidi tidak berseri

Sekujur tubuh tika rembang mentari kaki lima Kota Raya
Tiada apa-apa boleh dibangga
Lena asyik dibuai mimpi indah sementara-takkan nyata

Sekujur tubuh di ambang sore menadah tangan raih simpati tangga Puduraya minta ikhsan mengisi perut pada handai taulan
Kais pagi makan tghari,tatkala itik pulang petang ku lihat dia masih belum berhabuan

Sekujur tubuh pabila jingga senja berdendang
Dia masih membatu merenung hari mendatang yang tak berkesudahan

Sekujur tubuh berbaju tanpa lengan bawah neon kota
Aku hayati termanggu sendiri menghabis hayat usia

Sekujur tubuh tika dinihari merebah diri beralas kotak usang
Berangan menanti kokok ayam jantan
Berharap hari esok kan lebih baik dari semalam.

*Warga gelandangan kota yang sempat saya rakamkan dengan kamera telefon dan di abadikan dalam bentuk gambar dan puisi.

Photo-Essay: Jejantas Berbumbung

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Rosli Natiman (Wak Li)

Jejantas berbumbung mula giat dibina dengan hasrat untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di kotaraya Kuala Lumpur.

Salah satu prasarana ini telahpon berjaya mencapai sebahagian hasrat tersebut dengan terbinanya jejantas berbumbung merentasi tiga jalanraya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan dan pejalankaki.

Bermula dari pertengahan tahun 2011 projek yang menelan belanja RM 14.2juta merangkumi jarak sepanjang 680meter yang bermula dari stesen Monorel Medan Tuanku hingga ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sultan Ismail merentasi tiga jalan iaitu jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut.

Dengan terbinanya jejantas yang luas dan selesa ini sangat membantu pejalan kaki yang sering menggunakan jalan ini tanpa menghiraukan lagi masalah hujan, panas mentari dan juga kesukaran melintas jalan-jalan yang sibuk.

Photo-Essay: Keindahan Belum-Temengor

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Zulkifli Mat Nasir (Torex Zul)

Belum – Temengor adalah salah satu hutan yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Secara khusus, ia terletak di negeri Malaysia Perak dan bersempadan dengan Selatan Thailand. Belum-Temengor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Belum dan Temengor.

Belum – Temengor dipercayai telah wujud selama lebih 130 juta tahun menjadikannya salah satu hutan hujan tertua di dunia, lebih tua daripada Amazon dan Congo yang meliputi 15,200 Hektar yang dipenuhi dengan beratus-ratus pulau-pulau dan bermacam-macam jenis hidupan liar.

Selain itu Hutan Belum juga didiami orang asal dari suku Jahai. Terdapat dua kampung yang dikenal pasti iaitu Kampung Sungai Tiang dan Kampung Aman Damai.

 

Photo-Essay: Hitam Putih Kehidupan – Pasar Karat

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Nor Azmi Ismail

Pasar Karat KL terletak di antara Jalan Sultan dan Jalan Petaling Kuala Lumpur. Ianya dibuka setiap hari seawal pukul 5 pagi dan berakhir sekitar pukul 9 pagi.Pelbagai barang yang dijual disini antaranya kasut, baju, seluar, barang pertukangan, keset, piring hitam, radio, kamera, barang-barang lama dan lain-lain. Namun hampir kesemuanya adalah barang-barang terpakai.Tawar menawar adalah digalakkan kerana setiap barangan yang dijual barangan terpakai dan tidak mempunyai jaminan kedai lagi sekiranya berlaku kerosakan selepas membeli.

Perspektif saya dalam siri Hitam Putih Kehidupan – Pasar Karat KL ini lebih terdorong pada penjual yang menjual barang niagaan mereka. Majoriti penjual barangan disini pada penghayatan saya adalah golongan pertengahan dan mereka yang melangkaui usia emas, pada hemat saya kebanyakkan mereka adalah sebatang kara atau yang terpaksa menyara hidup sendiri untuk hidup di kota Kuala Lumpur yang mencabar dan memerlukan wang utk meneruskan survival.

Saya memberi penekanan pada warna hitam dan putih kerana pada pandangan saya warna hitam dan putih memberi impak pada situasi, gerak tubuh, emosi dan persekitaran Pasar Karat itu sendiri amnya.

Photo-Essay: Pulau Pinang

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Muhammad Fathul Izzat

Pulau Pinang atau Penang adalah sebuah negeri di utara Tanah Air yg dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu di kawasan Pulau dan Tanah Besar (Seberang Perai). Di bahagian Pulau di gelar Tanjung bagi sesetengah masyarakat Pulau Pinang.

Apa yang menariknya di Pulau Pinang ini di bahagian Pulau ini terdapat satu kawasan warisan yang diiktiraf oleh UNESCO dalam memelihara keaslian sejarah, struktur bangunan, budaya dan masyarakat yang mendiami kawasan itu sejak sekian lama. Ini kerana kawasan warisan ini dipercayai telah wujud sekitar 500 tahun selari pembangunannya bersama Kota Melaka. Dan sekiranya kita lihat dari segi corak aktiviti masyarakat di sekitar kawasan warisan Pulau Pinang ini kebanyakannya menyara diri dan pendapatan melalui aktiviti perniagaan sejak turun temurun, ini kerana rumah-rumah kedai ini lah tempat mereka jadikan sebagai punca rezeki harian mereka. Selain menjadi pusat perniagaan ia juga adalah sebahagian pusat pelancongan dan kawasan penjanaan ekonomi negara.