Photo-Essay: Pulau Pinang

This slideshow requires JavaScript.

oleh Pengarang: Muhammad Fathul Izzat

Pulau Pinang atau Penang adalah sebuah negeri di utara Tanah Air yg dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu di kawasan Pulau dan Tanah Besar (Seberang Perai). Di bahagian Pulau di gelar Tanjung bagi sesetengah masyarakat Pulau Pinang.

Apa yang menariknya di Pulau Pinang ini di bahagian Pulau ini terdapat satu kawasan warisan yang diiktiraf oleh UNESCO dalam memelihara keaslian sejarah, struktur bangunan, budaya dan masyarakat yang mendiami kawasan itu sejak sekian lama. Ini kerana kawasan warisan ini dipercayai telah wujud sekitar 500 tahun selari pembangunannya bersama Kota Melaka. Dan sekiranya kita lihat dari segi corak aktiviti masyarakat di sekitar kawasan warisan Pulau Pinang ini kebanyakannya menyara diri dan pendapatan melalui aktiviti perniagaan sejak turun temurun, ini kerana rumah-rumah kedai ini lah tempat mereka jadikan sebagai punca rezeki harian mereka. Selain menjadi pusat perniagaan ia juga adalah sebahagian pusat pelancongan dan kawasan penjanaan ekonomi negara.